Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera...
Bekerja dari rumah tidaklah sesukar mana, asalkan kita ada kemahuan dan kesungguhan untuk mencari peluang menambah pendapatan dari rumah...
Saya merupakan graduan Sarjana Muda Kewangan UiTM, tetapi bekerja dari rumah setelah berkahwin. Saya mempunyai sepasang anak, yang sulung lelaki berumur 6 tahun dan yang kedua perempuan berumur 5 tahun...
Tidak dinafikan keterkilanan kerana mempunyai latar pendidikan yang tinggi tetapi hanya menjadi suri rumah...kekadang bila bertemu kawan2 lama seperti rakan sekolah dan rakan seuniversiti; soalan mereka "kerja mana?"...emm....pada mulanya rasa rendah diri kerana mereka yang bertanya itu telahpun bekerja di sektor awam dan swasta yang memiliki gaji minimum RM1500...dan saya?...
Namun begitu, saya jenis bersemangat tinggi tidak mudah mengalah pada keadaan...saya tekad dan berazam bahawa walaupun, dari rumah saya mampu bekerja. Saya tidak menafikan duit saya perolehi tidak sama banyak dengan mereka yang bekerja makan gaji. Tetapi, yang penting pada saya ialah saya mendapat sedikit duit dan dalam masa yang sama saya membesarkan anak-anak di depan mata saya sendiri di samping mengurus keperluan suami tanpa perlu saya keluar rumah...
Kini, saya mampu menjana pendapatan hanya dengan membuat tuisyen di rumah saya. Di samping itu saya turut membuka kelas mengaji dan menjual barang di alam maya...
Kata kunci di sini ialah; KEMAHUAN ITU IBARAT SEBILAH BELIUNG YANG TAJAM, MAMPU MERINTIS JALAN DI HUTAN YANG TEBAL...